Posted under
Life/MemoriesAlhamdulillah.
Eureka!!
Kunci kepada memahami diriku adalah dengan mencari diriku, kerana yang selalu membuat bingung itu adalah pada kenyataan yang tidak jelas. Namun padaku ia jelas kerana sebahagian yang tidak jelas itu, aku jelaskan pada sebahagian yang lain dalam kehidupanku. Justru, aku melihat diriku dalam gambaran yang lebih besar berbanding sebahagian yang mengandaikan segala aspek diriku terangkum dalam gambaran kecil padanya.
Entah mengapa diilhamkan padaku jawapan pada persoalan yang sentiasa berlegar dalam kehidupanku. Persoalan yang, sehingga suatu tahap, jadi fitnah dan cercaan pada diriku. Aku hanya mampu terbaring longlai ketika ini. Moga diberi kesempatan, ruang, kekuatan dan pengetahuan untukku kupas buat merungkai perkara ini.
Ku mohon petunjuk dariMu..

Manusia yang memahami aku itu adalah manusia yang mencari diriku. Dan pada batang tubuh yang memahami diriku, aku terharu kerana kesanggupanmu mencariku. Sungguh, aku bertuah ada teman sepertimu.
Jangan aku dihukum kerana sifatku yang tiada usaha darimu ke atasnya.